Membina stamina dan kekuatan kaki dalam mengayuh basikal.
1. Bermula dengan membeli basikal yang berkenan dan sesuai.
2. Ini macam mana aku bermula dengan mendapatkan stamina dan kuatkan kaki mengayuh basikal.
3. Bermula dengan mengayuh bersama rakan-rakan yang kuat kayuh basikal.
4. Ketinggalan cukup jauh apabila melibatkan pendakian. Itu perkara biasa bilamana kayuhan terakhir ketika masih bersekolah.
5. Bina kekuatan kaki dengan mengayuh secara solo jarak 3km pada permulaan.
6. Kemudian jarak dinaikkan kepada 5km untuk menyukat masa, jarak dan kekuatan kaki.
7. Paksa diri dengan melalui pendakian bukit di Presint Diplomatik. Ini untuk kekuatan kaki dan stamina ketika pendakian.
8. Pada peringkat awal, banyak pendakian gagal disusuli dengan menolak basikal.
9. Tingkatkan jarak kayuhan kepada 10km selepas konsisten dan kepuasan mula kurang apabila mengayuh 5km.
10. Terkini push limit 20km untuk meningkatkan jarak kayuhan dan mempercepatkan jarak kayuhan lebih pantas. Ini pun baru dilakukan semalam. Kahkahkah
Shahkhairul Nizam Ramli
Gemuk Kayuh Basikal
No comments:
Post a Comment