Tuesday, December 4, 2018

Bagaimana Memilih Basikal Untuk Mula Kayuh.

Pemilihan basikal dan Gemuk Kayuh Basikal.
.
Bacaan ini panjang, harap baca dan hadam.
1. Pilihan basikal yang ada di Malaysia kini pelbagai.
2. Fixi, Mountain Bike, Fat Bike , Folding Bike membawa ke Road Bike.
3. Masalahnya mana yang sesuai untuk gemuk macam abam ni?
4. Ini abam dapat pun khidmat dari penjual basikal.
5. Basikal lipat mana yang sesuai untuk saya? Maklumlah time tu Shafie Bustan menggila cari folding bike.
6. Pilihannya Java Fit dengan tayar sotong racing.
7. Saya boleh ka kalau itu macam punya basikal? Soalku pada pekedai.
8. Abang boleh mula dengan 20' basikal baru abang tak penat kayuh sopan dan jujur muka penjual.
9. Fendi Artakus menemui basikal 24' yang terperosok di belakang kedai. Mung cuba bawo hok ni. Tayar besar.
10. Selepas diskus lebih kurang, nasihat pakar dan pekedai diperoleh. Maka TRS CONGO 24' menjadi pilihan belian.
11. Pada yang hendak bermula, tak salah nak ambil folding bike, mountain bike.
12. Paling salah kau beli dan simpan dalam stor.
13. Itu pun antara pilihan paling abam risau sekali.
14. Jadi pada yang mencari, basikal harga bermula seawal RM 350 sehingga RM 25,000 sebuah.
15. Semoga kita gemuk 2018 dan sihat serta langsing 2020. Amin.
Sudah baca, jangan lupa like, komen dan share.
Janganlah kau suruh abam melukis lepas perkongsian panjang nih.
Moga-moga manfaat sesama kita yang gemuk dan menjadi sihat langsing 2020.
Shahkhairul Nizam Ramli
Gemuk Kayuh Basikal


Monday, October 29, 2018

Membina stamina dan kekuatan kaki dalam mengayuh basikal.

Membina stamina dan kekuatan kaki dalam mengayuh basikal.

1. Bermula dengan membeli basikal yang berkenan dan sesuai.

2. Ini macam mana aku bermula dengan mendapatkan stamina dan kuatkan kaki mengayuh basikal.

3. Bermula dengan mengayuh bersama rakan-rakan yang kuat kayuh basikal.

4. Ketinggalan cukup jauh apabila melibatkan pendakian. Itu perkara biasa bilamana kayuhan terakhir ketika masih bersekolah.

5. Bina kekuatan kaki dengan mengayuh secara solo jarak 3km pada permulaan.

6. Kemudian jarak dinaikkan kepada 5km untuk menyukat masa, jarak dan kekuatan kaki.

7. Paksa diri dengan melalui pendakian bukit di Presint Diplomatik. Ini untuk kekuatan kaki dan stamina ketika pendakian.

8. Pada peringkat awal, banyak pendakian gagal disusuli dengan menolak basikal.

9. Tingkatkan jarak kayuhan kepada 10km selepas konsisten dan kepuasan mula kurang apabila mengayuh 5km.

10. Terkini push limit 20km untuk meningkatkan jarak kayuhan dan mempercepatkan jarak kayuhan lebih pantas. Ini pun baru dilakukan semalam. Kahkahkah

Shahkhairul Nizam Ramli
Gemuk Kayuh Basikal




Wednesday, October 24, 2018

Gambar Aktiviti Sepanjang Dpulze Friendship Ride 2018

Koleksi gambar ini yang dihasilkan oleh jurufoto yang ditempah oleh pihak syarikat untuk mengambil gambar sepanjang program berlangsung.

Gambar sewaktu pelepasan Dpulze Friendship Ride 2018












Gambar sewaktu program Dpulze Friendship Ride 2018 dijalankan



Abam dan Benny.


Moment Gemuk Kayuh Basikal Dpulze Friendship Ride 2018 pendakian di bukit.

Belah kanan sekali abam tengah mendaki.

Paksa diri sewaktu di puncak bukit pendakian.

Event yang pertama dan medal yang pertama sempena Dpulze Friendship Ride 2018

Event yang pertama dan medal yang pertama sempena Dpulze Friendship Ride 2018.

Serius sebelum ini, aku cukup kagum bagaimana orang boleh terlibat dalam kayuhan mahupun larian sehingga berpuluh kilometer.

Akhirnya, aku berjaya dalam Event yang pertama dan medal yang pertama sempena Dpulze Friendship Ride 2018.

Ini sesuatu yang cukup menggemparkan rekod peribadi aku sendiri. Aku yakin dan percaya lebih ramai yang jauh mengayuh dari apa yang aku kecapi.

Namun inilah dikatakan rekod peribadi sendiri yang telah aku pecahkan tembok penghalang aku selama ini berjaya runtuh.

Ia bukan sesuatu yang mudah, namun ia memerlukan azam dan sokongan dari yang tersayang paling penting. Cewahh..

Begitulah.

Ini gambar untuk tatapan kau orang yang belum melihat lawanya medal yang disediakan.

Ini salah satu aktiviti sihat atau Vitality yang boleh kita buat ketika petang mahupun cuti hujung minggu.

Stage utama Dpulze Friendship Ride 2018


Aku dan Jaafar di Stage utama Dpulze Friendship Ride 2018


DI hentian pertama sebelum meneruskan baki 30 km.

Station untuk air dan pisang yang disediakan oleh penganjur.

Ini aku nak share, lawakan medal dia. Hahahahaha
Bahagian belakang medal.

Lucky Draw tak bawa balik apa.









Tuesday, October 23, 2018

Bina Minat Untuk Kayuh Basikal

Bina minat Kayuh Basikal.

1. Pastikan permulaan ada group 2-4 orang dah cukup.

2. Kayuh tetapkan jarak yang dekat untuk permulaan.

3. Gemuk macam aku 5km pun terasa penat bukan main.

4. Upgrade jarak kayuhan selepas konsisten dalam seminggu.

5. Lihat titik lemah ketika berbasikal. Contoh aku dulu kayuh basikal, kawasan berbukit penyudahnya menolak.

6. Kuatkan titik lemah. Dulu aku menolak ketika pendakian berbukit, kini alhamdullilah ada penambah baikan.

7. Jangan cepat mudah putus asa di titik lemah, perbaiki dan terus berusaha untuk perbaiki titik lemah.

Shahkhairul Nizam Ramli
Gemuk kayuh basikal lipat



Saturday, October 20, 2018

Bagaimana Memilih Basikal Untuk Mereka Yang Gemuk dan Berisi dan Tak Penat Kayuh Basikal

Pilihan dalam memilih basikal lipat. Ini apa yang aku dapat dari penjual basikal.

Tatapan untuk beginner macam aku yang hendak bermula.

1. Lelaki gemuk macam aku tidak sesuai memilih tayar kecil.

2. Kayuhan lebih cepat penat.

3. Tayar kecil lebih pada mereka berbadan kecil dan sederhana.

4. Gemuk tapi memilih basikal lipat antara pilihan yang sesuai. 

i. Tayar kecil tapi tebal sizenya. 

ii. Tayar besar seperti apa yang aku pilih.

5. Harga basikal lipat, banyak harga bergantung pada model dan lokasi belian.

6. Ada serendah RM 450 sebiji sehingga ke RM 7,500 ini yang aku temui sendiri.

7. Pada yang nak sertai kami berbasikal lipat. Kami kongsikan di wall hari berkayuh kami.

8. Bagi beginner, ok sahaja joint kami kayuh. Pada otai penat tunggu aku mengayuh, dahlah slow bosan nanti.

Shahkhairul Nizam Ramli
Gemuk kayuh basikal

Bagaimana Memilih Basikal Untuk Mula Kayuh.

Pemilihan basikal dan Gemuk Kayuh Basikal. . Bacaan ini panjang, harap baca dan hadam. 1. Pilihan basikal yang ada di Malaysia kini pel...